Pages

Wednesday 12 October 2011

Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Guru Sains Dan Teknologi


Saya Seorang Jurubina

Sesi pengajaran keempat yang bertema ” Saya Seorang Jurubina” menghubungkaitkan Model Inkuiri yang menggalakkan pelajar berfikir dan mengelaskan gambar-gambar mengikut warna, saiz dan bentuk. Teori Belajar Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Dalam pengajaran ini, murid mengelaskan objek mengikut ciri yang diplih sama ada warna, saiz atau bentuk. Pendekatan Elektif digunakan dalam aktiviti kumpulan dan pemulihan serta pengayaan juga digunakan supaya murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada akhir pembelajaran. Kemahiran berfikir seperti mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan juga dikaitkan dalam sesi pengajaran ini.

Bagaimana Saiznya

Sesi pengajaran ketiga yang bertajuk ”Bagaimana saiznya” adalah menganalisis pengetahuan tentang pelbagai saiz. Guru menggunakan Teori Masteri dalam meransang murid mengenalpasti pelbagai saiz, iaitu besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah. Teori Humanistik yang berpusatkan pelajar di mana murid menyusun objek mengikut urutan saiz, iaitu dari kecil ke besar, dari pendek ke panjang dan dari rendah ke tinggi atau sebaliknya. Pendekatan inkuiri pula membolehkan pelajar membuat perbandingan antara dua objek mengikut saiz dalam kumpulan masing-masing. Kemahiran proses sains adalah menggunakan perhubungan ruang dan masa. Kemahiran-kemahiran mencirikan, membandingkan, membezakan dan menghubungkait digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Bentuk Di Sekelilingku

Dalam sesi pengajaran yang kedua yang bertajuk ”Bentuk Di Sekelilingku” pula, guru menggunakan Model Masteri, iaitu murid diedarkan pelbagai bentuk dan menyebut nama bentuk mengikut pengetahuan sedia ada. Teori pembelajaran sosial digunakan untuk memotivasi pelajar untuk memerhati objek-objek dengan membuat lakaran secara catatan  dan lisan.   Pendekatan Berpusatkan Murid diutamakan supaya murid dapat mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaran murid. Kemahiran menganalisis, membanding dan membeza juga diimplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Guru menggunakan kad imbasan untuk membimbing murid membaca nama bentuk.

Dunia Warna

Berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Tahun 1 yang berteras tema Dunia Sains Dan Teknologi, topik yang dikaji ialah Mata Untuk Melihat. Cara pengantaran yang digunakan ialah membahagikan topik ini kepada 4 sesi dan dalam setiap sesi terdapat 1 Standard Kandungan dan diikuti dengan 3 Standard Pembelajaran yang perlu dilaksanakan dalam sesi tersebut. Setiap Standard Pembelajaran merupakan objektif yang mesti dicapai, Oleh sebab itu, ia dirancang dengan beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Berfikir dihuraikan dan dianalisiskan. Empat Rancangan Pengajaran Harian akan disediakan berdasarkan topik Mata Untuk Melihat.

Dalam sesi pengajaran yang pertama yang bertajuk ”Dunia Warna”, Model ASSURE digunakan untuk mengaplikasi pengetahuan murid tentang pelbagai warna. Guru akan menunjukkan Jalur Gemilang dan membimbing murid menyebut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Teori Behavioristik ialah teori di mana interaksi antara stimulas dan respon berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan memperkenalkan warna-warna dengan menggunakan kad imbasan. Pendekatan deduktif juga dikaitkan rapat dengan sesi penyampaian guru, iaitu menggunakan konsep melihat secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan. Kemahiran mencirikan, membandingkan, membezakan dan menghubungkait juga digunakan dengan menyuruh  murid mengelaskan benda di sekeliling sekolah mengikut warna. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.

Murid-murid menyebut warna-warna dengan kad imbasan.
                      



Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam permainan Roda Warna.

Tuesday 11 October 2011

Falsafah, Matlamat Dan Objektif

1.0       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
                                                                      (Dipetik dari Kementerian Pendidikan Malaysia: 1996)
               
1.1              FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,pendidikan sains di Malaysia memupuk
budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
(Dipetik dari Sukatan Pelajaran Dunia Sains Dan Telnologi, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

1.2              Matlamat Mata Pelajaran DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan
nilai murni.
   
1.3       Objektif Mata Pelajaran DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:
·        Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
·         Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
·         Meningkatkan daya kreativiti murid.
·         Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
·        Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
·         Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
·         Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.