Pengajaran Makro
Hak Cipta Low Ai May
Monday, 14 November 2011
Wednesday, 12 October 2011
Saya Seorang Jurubina
Sesi pengajaran keempat yang bertema ” Saya Seorang Jurubina” menghubungkaitkan Model Inkuiri yang menggalakkan pelajar berfikir dan mengelaskan gambar-gambar mengikut warna, saiz dan bentuk. Teori Belajar Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Dalam pengajaran ini, murid mengelaskan objek mengikut ciri yang diplih sama ada warna, saiz atau bentuk. Pendekatan Elektif digunakan dalam aktiviti kumpulan dan pemulihan serta pengayaan juga digunakan supaya murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada akhir pembelajaran. Kemahiran berfikir seperti mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan juga dikaitkan dalam sesi pengajaran ini.
Bagaimana Saiznya
Sesi pengajaran ketiga yang bertajuk ”Bagaimana saiznya” adalah menganalisis pengetahuan tentang pelbagai saiz. Guru menggunakan Teori Masteri dalam meransang murid mengenalpasti pelbagai saiz, iaitu besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah. Teori Humanistik yang berpusatkan pelajar di mana murid menyusun objek mengikut urutan saiz, iaitu dari kecil ke besar, dari pendek ke panjang dan dari rendah ke tinggi atau sebaliknya. Pendekatan inkuiri pula membolehkan pelajar membuat perbandingan antara dua objek mengikut saiz dalam kumpulan masing-masing. Kemahiran proses sains adalah menggunakan perhubungan ruang dan masa. Kemahiran-kemahiran mencirikan, membandingkan, membezakan dan menghubungkait digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Bentuk Di Sekelilingku
Dalam sesi pengajaran yang kedua yang bertajuk ”Bentuk Di Sekelilingku” pula, guru menggunakan Model Masteri, iaitu murid diedarkan pelbagai bentuk dan menyebut nama bentuk mengikut pengetahuan sedia ada. Teori pembelajaran sosial digunakan untuk memotivasi pelajar untuk memerhati objek-objek dengan membuat lakaran secara catatan dan lisan. Pendekatan Berpusatkan Murid diutamakan supaya murid dapat mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaran murid. Kemahiran menganalisis, membanding dan membeza juga diimplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
| Guru menggunakan kad imbasan untuk membimbing murid membaca nama bentuk. |
Dunia Warna
Berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Tahun 1 yang berteras tema Dunia Sains Dan Teknologi, topik yang dikaji ialah Mata Untuk Melihat. Cara pengantaran yang digunakan ialah membahagikan topik ini kepada 4 sesi dan dalam setiap sesi terdapat 1 Standard Kandungan dan diikuti dengan 3 Standard Pembelajaran yang perlu dilaksanakan dalam sesi tersebut. Setiap Standard Pembelajaran merupakan objektif yang mesti dicapai, Oleh sebab itu, ia dirancang dengan beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Berfikir dihuraikan dan dianalisiskan. Empat Rancangan Pengajaran Harian akan disediakan berdasarkan topik Mata Untuk Melihat.
Dalam sesi pengajaran yang pertama yang bertajuk ”Dunia Warna”, Model ASSURE digunakan untuk mengaplikasi pengetahuan murid tentang pelbagai warna. Guru akan menunjukkan Jalur Gemilang dan membimbing murid menyebut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Teori Behavioristik ialah teori di mana interaksi antara stimulas dan respon berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan memperkenalkan warna-warna dengan menggunakan kad imbasan. Pendekatan deduktif juga dikaitkan rapat dengan sesi penyampaian guru, iaitu menggunakan konsep melihat secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan. Kemahiran mencirikan, membandingkan, membezakan dan menghubungkait juga digunakan dengan menyuruh murid mengelaskan benda di sekeliling sekolah mengikut warna. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.
| Murid-murid menyebut warna-warna dengan kad imbasan. |
| Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam permainan Roda Warna. |
Subscribe to:
Posts (Atom)