Pages

Wednesday 12 October 2011

Dunia Warna

Berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Tahun 1 yang berteras tema Dunia Sains Dan Teknologi, topik yang dikaji ialah Mata Untuk Melihat. Cara pengantaran yang digunakan ialah membahagikan topik ini kepada 4 sesi dan dalam setiap sesi terdapat 1 Standard Kandungan dan diikuti dengan 3 Standard Pembelajaran yang perlu dilaksanakan dalam sesi tersebut. Setiap Standard Pembelajaran merupakan objektif yang mesti dicapai, Oleh sebab itu, ia dirancang dengan beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Berfikir dihuraikan dan dianalisiskan. Empat Rancangan Pengajaran Harian akan disediakan berdasarkan topik Mata Untuk Melihat.

Dalam sesi pengajaran yang pertama yang bertajuk ”Dunia Warna”, Model ASSURE digunakan untuk mengaplikasi pengetahuan murid tentang pelbagai warna. Guru akan menunjukkan Jalur Gemilang dan membimbing murid menyebut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Teori Behavioristik ialah teori di mana interaksi antara stimulas dan respon berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan memperkenalkan warna-warna dengan menggunakan kad imbasan. Pendekatan deduktif juga dikaitkan rapat dengan sesi penyampaian guru, iaitu menggunakan konsep melihat secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan. Kemahiran mencirikan, membandingkan, membezakan dan menghubungkait juga digunakan dengan menyuruh  murid mengelaskan benda di sekeliling sekolah mengikut warna. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.

Murid-murid menyebut warna-warna dengan kad imbasan.
                      



Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam permainan Roda Warna.

No comments:

Post a Comment